Tempatan

Banteras Aset Risikan Israel Dalam Negara Segera! – Zahid Hamidi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 21 Oktober 2022 – “Israel mempunyai aset risikan di negara ini dan harus dibanteras segera,” gesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes penculikan warga Palestin yang berlaku bulan lalu.

Katanya, penglibatan ejen perisikan rejim haram apartheid Israel, Mossad di Malaysia sangat serius, sedangkan umum mengetahui Malaysia tiada sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Zionis.

Penglibatan rejim haram itu yang terkenal dengan kezaliman dan isu hak asasi manusia, bukan sahaja disifatkan sebagai tidak menghormati Malaysia malah beliau melihatnya seolah-olah mencabul kedaulatan negara.

Tambahnya, orang awam yang tidak berdosa juga boleh menjadi mangsa akibat operasi haram mereka di negara kita.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan gesaan presiden parti politik itu terhadap Kementerian Luar agar mengemukakan nota bantahan kepada rejim haram aparteid Israel susulan laporan kes yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: