Tempatan

Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2023 – “Terima kasih Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memberi angpow Tahun Baru Cina yang amat bermakna.”

Demikian ucapan penghargaan oleh Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Facebooknya atas kelulusan peruntukan Kerajaan kepada universiti yang diasaskan oleh parti politik tersebut.

BACA JUGA: Perjanjian Malaysia 1963 Wajib Dihormati, Dipenuhi – PM

BACA JUGA: Harga Hasil Laut Mahal, Ramai Datang Tanya Tak Jadi Beli

BACA JUGA: Kontroversi Treler “Pulau”: Masyarakat Perlu Penapisan Kendiri – Pensyarah

Menurutnya lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu baru sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri bertekad meluluskan peruntukan ini bagi menyokong Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh YB Anthony Loke ketika membuat lawatan ke TAR UMT baru-baru ini, ujar Wee Ka Siong yang juga menyatakan penghargaan beliau kepada Menteri Pengangkutan tersebut.

Selain itu, makluman berkenaan kelulusan peruntukan pentadbiran RM40 juta oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk universiti swasta itu sebelum sambutan Tahun Baru Cina 2023 ini sememangnya satu berita baik kepada institusi pendidikan.

Wee Ka Siong juga berkata, dengan pembiayaan ini, maka ramai pelajar serta keluarga akan mendapat manfaat daripadanya, selain dapat menyediakan pendidikan berkualiti dan mampu milik kepada generasi muda dan melatih lebih ramai bakat untuk negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: