Tempatan

Banjir: Terowong SMART Projek Gagal – Lim Lip Eng

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Mac 2022 – “Apa yang berlaku semalam dan pada Disember menunjukkan Terowong SMART adalah projek gagal,” ujar Lim Lip Eng sewaktu perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat kelmarin.

Menurut Ahli Parlimen itu, Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang dibina dengan tujuan sebagai penyelesaian kepada masalah banjir kilat di Kuala Lumpur itu berlaku sebaliknya apabila terowong itu gagal menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di ibu negara termasuk yang berlaku baru-baru ini.

Malah, beliau menempelak kewujudan Menara 118 yang diiktiraf sebagai menara kedua tertinggi di dunia tetapi infrastruktur keadaan sekeliling masih di tahap tidak memuaskan apabila longkang tersumbat dengan sampah serta jalan masih dilanda banjir apabila tibanya hujan lebat.

“Ini menunjukkan banjir secara puratanya berlaku 10 kali setahun. Inikah bandar bertaraf dunia?” tempelaknya.

Ujar beliau lagi, sekiranya banjir berlaku 10 kali dalam setahun, ia akan mengurangkan potensi buat perniagaan asing untuk melabur di negara ini.

Lip Eng juga menyeru pihak kerajaan agar menubuhkan pasukan khas dalam mewujudkan penyelesaian bagi menangani isu banjir yang acapkali berlaku di ibu negara itu.

Beliau mencadangkan agar pasukan itu dianggotai oleh pegawai kanan dari kementerian berkaitan serta diketuai oleh pakar banjir terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, banjir kilat melanda di beberapa kawasan di ibu kota antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi.

Banjir kilat itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas apabila air mula melimpah ke jalan raya serta menenggelamkan kenderaan penduduk sekitar berdasarkan audio visual yang tersebar di laman sosial.

Bencana alam yang berlaku ini membuatkan sesetengah mangsa ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila ada antara mereka yang turut terjejas sewaktu banjir besar Disember lalu. Mereka yang hendak bernafas semula meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa berhadapan dengan situasi banjir ini lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: