Antarabangsa

Banjir Terburuk Seoul Meragut 7 Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEOUL, 09 Ogos 2022 – Hujan paling lebat dalam tempoh 80 tahun telah menyebabkan banjir melanda Seoul, Korea dan kawasan sekitarnya sekali gus meragut tujuh nyawa rakyat negara tersebut.

Menurut pegawai Korea Selatan, hujan lebat yang terjadi pada malam kelmarin telah membanjiri rumah, kenderaan serta bangunan dan stesen kereta api bawah tanah.

Banjir yang berlaku telah menyebabkan lima orang maut dan empat lagi hilang di Seoul, manakala dua individu dilaporkan mati dan dua lagi mangsa tidak berjaya dikesan di wilayah Gyeonggi.

Dalam pada itu, seramai 163 mangsa daripada 107 isirumah di kawasan ibu kota telah kehilangan tempat tinggal dan mencari perlindungan di sekolah dan kemudahan awam lain.

Hujan lebat itu juga telah menghentikan operasi beberapa kemudahan awam, di mana lapan kes landasan kereta api dilaporkan di Seoul, Incheon dan beberapa kawasan sekitarnya.

Demi keselamatan orang awam, kira-kira 80 bahagian jalan dalam negara tersebut, tiga jalan bawah tanah dan 26 tempat letak kereta di tepi sungai telah disekat masuk.

Pihak berkuasa bomba juga telah menyelamatkan 88 orang daripada aliran banjir di wilayah Gyeonggi dan kawasan lain.

Bencana banjir di negara tersebut telah tular di laman Twitter dan rata-rata pengguna mendoakan keselamatan buat rakyat Korea Selatan.


“Saya harap semua yang berada di Seoul Korea ketika ini selamat dengan banjir yang teruk. Kekal selamat dan berhati-hati,” ujar seorang pengguna.


“Ia menakutkan… Saya harap semua kekal selamat di Seoul,” kata pengguna lain merujuk kepada video yang dimuatnaiknya.

Terkini, Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan telah meningkatkan tahap pemantauan kerosakan banjir daripada tahap berjaga-jaga kepada tahap serius pada awal pagi tadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: