Antarabangsa

Banjir Pakistan, Ancam Masa Depan Pendidikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARACHI, 05 September 2022 – Hampir 2.5 juta pelajar di selatan Pakistan berisiko untuk tidak bersekolah secara kekal setelah berdepan dengan banjir besar sehingga menyebabkan satu pertiga negara itu musnah ditenggelami air.

Syed Sandar Ali Shah, Menteri Pendidikan Sindh memberitahu, tinjauan awal menunjukkan bahawa 15,000 sekolah di wilayah itu telah rosak akibat banjir, manakala 5,000 bangunan sekolah kini digunakan sebagai tempat perlindungan untuk mangsa banjir.

“Terdapat kebimbangan para pelajar mungkin akan keluar dari sekolah secara kekal,” kata Shah.

“Hampir 2.5 juta pelajar mendaftar di 20,000 sekolah ini. Namun, kami tidak mempunyai sumber untuk menjadikan 20,000 sekolah berfungsi walaupun selepas banjir reda.”

Jelasnya, ketika ini bangunan sekolah dijadikan tempat perlindungan, dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk mangsa mencari perumahan alternatif setelah banjir reda.

Sementara itu, pakar meteorologi meramalkan keadaan akan menjadi semakin teruk kerana hujan dijangka turun lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif menyifatkan banjir kali ini ‘terburuk dalam sejarah Pakistan’ dan menambah, peruntukan sekurang-kurangnya AS$10 bilion (RM44.6 bilion) diperlukan untuk membaiki infrastruktur rosak di seluruh negara itu.

Sabtu baru-baru ini, sekurang-kurangnya 57 orang maut, manakala 7,683 lagi cedera akibat banjir kilat di Pakistan yang dicetuskan hujan monsun dalam tempoh 24 jam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: