Tempatan

Banjir: Menteri Cadang Wujudkan Juga Tempat Proses Retort Food Di Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Januari 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali bercadang ingin menubuhkan satu pusat khas untuk penyediaan retort food di negeri Sabah untuk memudahkan proses pengagihan bantuan makanan.

Beliau berpandangan penggunaan retort food ini wajar diperluaskan di Sabah setelah mengambil kira pelaksanaan masih dalam peringkat rintis, dan penyediaannya masih terhad dan belum meliputi semua pusat pemindahan sementara (PPS).

BACA JUGA: Pemandu Mabuk: “Pesalah Patut Dihukum Setimpal Dengan Perbuatan Mereka”

BACA JUGA: CPTPP: Penindasan Kapitalis Kepada Golongan Marhaen – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Lato-Lato, Permainan ‘Haram’ Indonesia Kini Viral Di Malaysia

“Saya difahamkan bekalan retort food dalam program rintis di Sabah diperolehi dari Semenanjung Malaysia.”

“Sewajarnya usaha dirintis supaya bekalan dapat diperolehi secara domestik di negeri Sabah sendiri untuk memastikan stok boleh didapati pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa kekangan logistik udara atau laut.”

Katanya, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada para mangsa berhubung pembekalan retort food.

Walaupun begitu, masih ada beberapa aduan yang diterima berhubung kelewatan penyediaan makanan untuk mangsa yang baru sampai di sesetengah tempat.

Beliau dalam kenyataan media memaklumkan akan membawa perkara ini untuk perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam aspek penyediaan makanan di semua PPS di Sabah.

Penggunaan retort food adalah langkah alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional untuk para mangsa yang baru tiba di PPS.

Banjir kali ini merupakan pelaksanaan kali pertama penyediaan makanan dengan teknologi retort.

Pendekatan ini diambil untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada para mangsa yang baru tiba, selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: