Tempatan

Banjir Kilat Di KL Lagi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022 – Banjir kilat sekali lagi melanda ibu negara, Kuala Lumpur yang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mula dinaiki air selepas hujan lebat yang turun.

Twitter Astro Radio Traffic turut melaporan bahawa kesesakan trafik berlaku berpunca daripada air yang bertakung selepas hujan lebat bermula dari Parlimen sehingga ke susur Jalan Kuching.

Laporan tersebut turut menyertakan beberapa gambar yang menunjukkan kesesakan yang berlaku di sepanjang Lebuhraya Sultan Iskandar.

Laman Twitter dihujani dengan ciapan berkenaan banjir kilat yang berlaku di beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur.

Memetik laporan daripada laman web paultan.org, “Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL telah memaklumkan terdapat beberapa jalan utama di sekitar ibu kota sedang ditenggelami banjir selepas hujan lebat turun selama beberapa jam pagi ini.”

Antara jalan utama yang ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas buat masa ini ialah Bulatan Pahang menuju ke Jalan Ipoh dan Jalan Raja Laut ke arah Jalan Ipoh.

Sebelum ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan laporan bahawa Malaysia dijangka bakal dilanda ribut petir di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: