Tempatan

Isu Kedah Berkonsert: MBAS Nafi Keluarkan Lesen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 03 Oktober 2022 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah konsert yang diadakan di Balai Seni yang berhadapan dengan Masjid Zahir, lapor sebuah portal tempatan.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad berkata, MBAS menzahirkan kekesalan mereka berhubung tindakan pihak penganjur yang terlibat.

Kata beliau, ia dianggap seperti melanggar peraturan serta menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat negeri tersebut.

“Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi,”

“Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah dan memang tak ada kebenaran,” jelasnya.

Susulan isu terbabit, beliau mengatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk memanggil penganjur berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

Hari ini, tular sebuah rakaman video menunjukkan ratusan penonton dengan pelbagai aksi termasuklah aksi terkinja-kinja dalam kalangan anak muda yang hadir menyaksikan persembahan kumpulan muzik di Balai Seni negeri itu.

Acara terbabit menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat berikutan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir di situ.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: