Antarabangsa

Paderi Katolik AS Lakukan Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 06 April 2023 – Pejabat Peguam Maryland telah mendakwa bahawa Catholic Archdiocese di Baltimore telah menyembunyikan kes-kes serangan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi-paderi dan beberapa pemimpin gereja yang lain selama beberapa dekad.

Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi sebuah laporan yang dihasilkan setelah berlangsungnya sebuah penyiasatan yang dijalankan selama empat tahun.

BACA JUGA: Pahang Setuju Beri Bantuan Raya Untuk Imam, Bilal Dan Siak Masjid

BACA JUGA: Dunia Kecam Tindakan Kejam Polis Rejim Haram Aparteid Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa

BACA JUGA: Permohonan Peguam MAIPs Mohon Hakim Kes Loh Siew Hong Undur Diri Didengar 19 April

Laporan tersebut menyebutkan bahawa lebih daripada 600 orang kanak-kanak telah menjadi mangsa serangan seksual yang dilakukan oleh lebih dari 150 orang paderi, biarawati, ahli seminari dan juga daikon.

Laporan yang telah diterbitkan pada hari Rabu itu telah membuat dakwaan bahawa terdapat “sejarah yang tidak dapat dipertikaikan” mengenai “penderaan berterusan yang merosakkan”, yang sengaja dibiarkan berikutan para pegawai uskup lebih memilih untuk menjaga institusi tersebut berbanding dengan memelihara kanak-kanak yang berada dalam jemaah dan sekolah mereka.

Peguam Anthony Brown di dalam sebuah kenyataannya mengatakan bahawa laporan tersebut menunjukkan kerosakan moral, kegagalan sistem bagi institusi uskup agong tersebut untuk memelihara kanak-kanak yang diamanahkan kepada mereka.

Siri kejadian serangan seksual terhadap kanak-kanak itu adalah terlalu teruk sehinggakan sebahagian gereja dan sekolah mempunyai lebih dari seorang pelaku dalam masa yang sama. Sebagai contoh, sebuah kawasan di Catonsville, Maryland mempunyai lebih daripada 11 orang pendera di antara tahun 1964 hingga 2004.

Menurut laporan yang sama, keuskupan agung yang merupakan uskup Roman Katolik tertua di Amerika Syarikat (AS) sama sekali tidak melindungi para mangsa apabila tuduhan berkenaan penderaan seksual tersebut timbul.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: