Antarabangsa

Muslim Eropah Digesa Boikot Kurma Rejim Haram Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 27 Februari 2023 – Masyarakat Islam seluruh Eropah digesa memboikot kurma keluaran rejim haram aparteid Israel menjelang Ramadan tahun ini, lapor portal antarabangsa.

Shamiul Joarder, ahli Friends of Al-Aqsa (FOA) iaitu sebuah NGO mempertahankan hak asasi manusia Palestin, berpangkalan di United Kingdom (UK) berkata, “Dengan memilih untuk tidak membeli kurma Israel pada Ramadan ini, masyarakat Islam boleh menghantar mesej yang jelas dan kuat mengecam pendudukan haram Israel dan aparteid di Palestin.”

Kenyataan FOA juga mendedahkan bahawa Israel adalah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia, dengan 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, di mana UK, Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali mengimport buah kering dalam kuantiti yang banyak. Kurma tersebut kemudiannya dijual di pasar raya utama, serta kedai tempatan seluruh benua.

BACA JUGA: Luruan Monsun, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Sehingga 1 Mac

BACA JUGA: 6 Premis Hiburan Diserbu, 3 Diarah Tutup Serta Merta

BACA JUGA: Amaran: Hujan Berterusan Di Sarawak Hari Ini

Tambah FOA, rekod tahun 2020 pula mencatatkan bahawa UK mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel bernilai kira-kira RM39.7 juta ($8.9 juta).

Tegas Shamiul, “Sudah tiba masanya komitmen BDS (Boikot, Penjualan, Sekatan) diperbaharui pada Ramadan ini. Kita mesti ingat sebagai sebuah komuniti kita berkuasa – kita boleh membuat suara kita didengari melalui tindakan mudah meletakkan semula kurma Israel di atas rak.”

“Apa yang kita perlu buat adalah #CheckTheLabel dan tidak membeli kurma dari aparteid Israel,” tambahnya.

Boikot itu juga dilaksanakan agar masyarakat Islam Eropah tidak berbuka puasa dengan ‘rasa aparteid’ hasil pendudukan kejam rejim haram Israel.

Mengulas lanjut, pihak FOA telah menetapkan 17 Mac sebagai A Day of Action untuk menggalakkan umat Islam dalam kempen ‘menyemak label’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: