Tempatan

Banjir 2021: Sukarelawan Sahabat Amal Care Teruskan Bantuan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SENAWANG, 20 Disember 2021 – Para sukarelawan Sahabat Amal Care (SAC), pertubuhan di bawah naungan Ustazah Asma’ Harun bersama aktivis dakwah hari ini turun ke Hulu Langat bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan gerak kerja seperti kumpulan pembungkusan dan pengagihan bantuan seperti kit makanan, kit mandian, kit ibadah dan kit tidur, kumpulan pembersihan masjid, surau, dan rumah-rumah mangsa banjir dan juga kumpulan penghantaran bantuan menyelamatkan mangsa menggunakan bot ke kawasan yang masih ditenggelami air.

Menurut Ustazah Asma’ Harun, hingga ke saat ini, SAC masih menerima terlalu banyak aduan.

“Keadaan di kawasan banjir terlalu kritikal dengan bekalan elektrik terputus serta terdapat kawasan-kawasan yang belum menerima bekalan makanan dan minuman. Masih ramai juga yang terperangkap tidak kira golongan dewasa mahupun anak kecil, masing-masing menjerit meminta pertolongan dalam kegelapan. Allahuakbar.”

Untuk hari ini, misi bantuan SAC menuju ke Hulu Langat bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Tepat jam 9.00 pagi tadi, tim dan Sukarelawan SAC seramai 70 orang telah bergerak ke kawasan banjir di Hulu Langat. In shaa Allah kerja-kerja pembersihan dan pengagihan barang bantuan diteruskan pada hari ini,” kata Ustazah Asma’ Harun di dalam Facebooknya.

Dalam kenyataan sama, Ustazah Asma’ Harun turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan kepada SAC bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Semua barangan bantuan yang disalurkan ini adalah hasil sumbangan ikhlas daripada sahabat semua ke Tabung Sahabat Amal Care (SAC),” ujar beliau lagi.

“Terima kasih juga kerana mengizinkan kami menjadi kaki dan tangan anda untuk meneruskan misi ini. Semoga Allah SWT memberi kekuatan buat tim penyelamat dan mangsa yang terkesan akibat banjir ini.”

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan membantu mangsa-mangsa banjir bolehlah membuat sumbangan ke akaun berikut:

TABUNG KILAT MANGSA BANJIR:
Sahabat I Care Resources:
12225010026317 [Bank Islam] 555126535766 [Maybank] Atau
Sahabat I Care 
(Ansi System)

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: