Tempatan

Banjir 2021: Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) Dibuka Semula

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2021 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PLSASB) syarikat pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) telah membuka semula laluannya di kilometer 4.1 bagi kedua-dua arah kepada pengguna lebuh raya bermula jam 5:30 pagi tadi setelah ditutup akibat kejadian banjir kilat yang turut menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam.

Walau bagaimanapun, laluan di susur masuk dari bulatan Jubli Perak menghala ke Seksyen 23, Uptown Shah Alam dan susur masuk ke laluan utama menuju Kota Kemuning masih lagi ditutup dan hanya akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan dan selamat untuk laluan semua jenis kenderaan.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan dalam laman web Prolintas, pihak LKSA juga telah menempatkan pasukan RONDA bagi membantu memastikan aliran trafik berjalan lancar.

LKSA akan mengeluarkan maklumat kemaskini mengenai status trafik dari semasa ke semasa menerusi sistem mesej digital Variable Messaging System (VMS), platform media sosial Twitter LKSA @LKSAtrafik dan Facebook PROLINTAS Highways atau hubungi talian bebas tol di 1 3008 8280 1 untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa yang berada di kawasan yang terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: