Tempatan

Bangunkan Aplikasi Pengurusan Penggiliran Online, Elak Pelanggan Tunggu Lama – Pakar IT

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 31 Ogos 2022 – Kerajaan perlu membangunkan sebuah sistem aplikasi pengurusan penggiliran atas talian bagi mengelakkan situasi pelanggan menunggu terlalu lama untuk mendapatkan nombor giliran.

“Kementerian boleh memperkenalkan sistem aplikasi pengurusan penggiliran. Ia sangat bagus dan memberi manfaat kerana kita boleh jejak nombor giliran sendiri menerusi telefon bimbit,” kata Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Teknologi dan Pengurusan Perisian (SOFTAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Amirah Ismail.

Jelasnya kepada akhbar tempatan, “Pelanggan tidak perlu beratur dan bersesak, malah boleh pergi ke tempat lain dahulu. Apabila sudah sampai nombor giliran, kita akan dapat notifikasi sekali gus pelanggan tidak perlu menempuh beberapa peringkat.”

Beliau turut mencadangkan penggunaan aplikasi janji temu atas talian yang membolehkan pelanggan mendapatkan nombor giliran, menyediakan perkhidmatan janji temu, e-tiket dan nombor giliran mudah alih secara masa nyata.

Mengulas lanjut, antara manfaat yang diperoleh menerusi penggunaan sistem itu adalah memberi keselesaan kepada pelanggan untuk menempah lawatan janji temu di kementerian pada tarikh dan masa yang sesuai sekali gus mendapat pengalaman urusan nombor giliran dan janji temu yang selamat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: