Tempatan

Banduan Hindu Diutamakan Untuk Sesi Lawatan Sempena Deepavali

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 23 Oktober 2022 – Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memberi kebenaran agar sesi lawatan khas sempena sambutan perayaan Deepavali diberikan keutamaan kepada penghuni beragama Hindu sahaja.

Menurut jabatan tersebut, sesi lawatan khas itu diadakan secara bersemuka dan dalam talian termasuk bagi penghuni pusat pemulihan akhlak, pusat pemulihan khas, tempat tahanan khas dan Sekolah Henry Gurney.

“Lawatan menerusi kaedah bersemuka ditetapkan pada hari ketiga (26 Oktober) dan keempat (27 Oktober) perayaan, keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Hindu sahaja.”

“Kaedah secara dalam talian pula bermula 29 hingga 31 Oktober,” kata jabatan tersebut yang turut menyatakan bahawa sesi lawatan akan bermula pada jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan hanya dibenarkan bagi mereka yang telah membuat janji temu.

“Terdapat tiga kaedah tempahan iaitu menerusi sistem i-Visit www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan, e-mel atau melalui surat ke institusi berkenaan. Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat.”

Dalam pada itu, juga dikatakan, setiap pelawat adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika mereka masuk dan keluar dari penjara terbabit.

Tambahan itu, pelawat juga perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR atau ARTK-Ag dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

“Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan serta tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman kepada penghuni. Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: