Tempatan

HFMD: 1 Kes, Tutup Pusat Jagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 04 JUN 2022 – Berikutan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Negeri Kelantan masih berada di tahap yang tinggi, kerajaan negeri telah membuat satu saranan agar pusat asuhan serta tadika menutup premis mereka jika terdapat walau hanya satu kes penyakit tersebut yang direkodkan yang mana ianya membabitkan kanak-kanak dalam jagaan mereka.

Saranan tersebut telah disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Izani Husin. Menurut beliau, tindakan berkenaan dilihat perlu diambil sebagai langkah awal kerana dibimbangi penyakit tersebut merebak kepada orang lain.

Namun, arahan untuk menutup premis yang mempunyai kes HFMD adalah tertakluk di bawah penilaian Jabatan Kesihatan Negeri.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan masyarakat agar tetap menjaga kebersihan serta mendapatkan rawatan di hospital jika mendapat jangkitan, selain daripada melakukan kuarantin sendiri.

“Sekiranya ada anak-anak dalam jagaan kita tidak sihat, jangan bawa mereka ke pusat asuhan memandangkan sebelum ini 20 taska dan pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini ditutup susulan peningkatan kes jangkitan,” menurut beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa trend peningkatan kes HMFD di Kelantan kini tidak berada pada kadar yang membimbangkan walaupun jumlah keseluruhan kes penyakit tersebut ketika ini berada pada jumlah 5200 kes.

Beliau membuat kenyataan sedemikian ketika sesi sidang akhbar seusai Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC), Lundang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: