Antarabangsa

Bandar Mexico Benarkan Rakyat Buat Seks Di Khalayak Awam

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

MEXICO CITY, 04 September 2021 – Pihak berkuasa Guadalajara, yang sebelum ini disangka antara bandar yang paling konservatif di Mexico, telah meluluskan undang-undang yang membenarkan pelakuan seks di khalayak umum, asalkan tiada pihak yang mengadu ke pihak polis kerana tidak selesa menonton aksi seks yang sedang berlangsung itu.

Dengan reformasi perundangan ini, pihak polis tidak lagi mempunyai kuasa untuk menghalang aksi-aksi seks di khalayak awam, asalkan tidak mendapat aduan daripada pihak ketiga.

Guadalupe Morfin Otero, ahli politik yang mengusulkan perubahan itu telah memetik kaji selidik dalam kalangan para pelajar universiti yang 90 peratus dari mereka mengadu telah diperas ugut oleh anggota polis atas tuduhan aksi seks yang tidak bermoral atau pelakuan seks di khalayak awam.

Perubahan ini dilaksanakan atas alasan mahu pihak polis menumpukan perhatian mereka untuk mengatasi kes-kes jenayah dan bukannya mengganggu mereka yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membuat hubungan seks di dalam hotel.

Undang-undang ini mendapat bantahan daripada pihak pembangkang, parti Tindakan Nasional dan parti Revolusi Institusi, yang mendakwa adalah lebih relevan untuk memperbaiki amalan korupsi di kalangan pasukan polis secara langsung daripada membenarkan pelakuan seks di khalayak awam atas alasan mengelakkan korupsi pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button