Tempatan

Balutan Kertas Ayat Al-Quran: Tiga Mengaku Sengaja Sentuh ‘Sensitiviti Umat Islam’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALIK PULAU, 21 Jun 2024 – Pengurus, operator percetakan dan pembungkus barangan mengaku bersalah dengan niat sengaja menghantar bungkusan barangan dibalut kertas cetakan ayat al-Quran bagi melukakan perasaan keagamaan orang Islam.

Memetik laporan, tertuduh, Chin Chang Swee, 44; Kanu Anil Sah, 29 dan San Thay Aung, 24 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

“Mengikut pertuduhan, pada jam 11.30 pagi, 5 Jun lalu ketika berada di DHL Warehouse Sungai Tiram, Bayan Lepas, dekat sini, didapati dengan sengaja mencapai niat bersama menghantar tiga bungkusan dari pejabat mereka di Kuala Lumpur ke Ayer Itam, Pulau Pinang dengan menggunakan balutan yang bercetak tulisan ayat al-Quran bagi melukakan perasaan keagamaan orang itu,” ujar laporan sama.

Mereka didakwa bersalah mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama yang menetapkan hukuman penjara selama setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan denda sebanyak RM5,000 setiap seorang atau lima bulan penjara jika gagal bayar denda. Sejurus itu, ketiga-tiga tertuduh membayar jumlah denda yang dikenakan terhadap mereka.

Terdahulu, penghantar kurier berusia 41 tahun melaporkan kejadian tersebut dan menyatakan kebimbangannya.

“Bimbang berikutan ayat suci al-Quran digunakan di tempat tidak sepatutnya dan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, pengadu menukar pembalut itu sebelum membuat laporan polis,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: