Baling Banjir Lagi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BALING, 07 September 2022 – Baling dilanda banjir sekali lagi susulan hujan lebat yang berterusan sejak pukul 5 petang semalam.
Setakat ini, dua puluh tujuh keluarga membabitkan 120 mangsa dari Kampung Padang Empang, Kupang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Hassan Samah apabila rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter malam tadi.
Antara kawasan yang terkesan dengan banjir kilat ini adalah Taman Bayu Sejahtera dan kawasan jajaran Kampung Iboi sehingga ke Kampung Hangus.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, penduduk di Kampung Bendang Bechah dan Hangus diarah berpindah ke tempat selamat kerana air semakin naik ke penempatan mereka.
hujan lebat sekitar jam 5 petang menyebabkan air Sungai Kupang melimpah dengan cepat dipercayai tebing pasir pecah dihanyutkan air deras.
Malah, air sungai yang melimpah deras itu turut menyebabkan struktur Jambatan Bailey senget dan berganjak sedikit dari kedudukan asal.
Setakat ini tidak ada laporan mengenai kehilangan ahli keluarga ataupun kecederaan.