Tempatan

Bakar Tafsir al-Quran Kerana Putus Cinta: Lelaki Bukan Islam Direman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA NERANG, 15 Jun 2021 – Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan polis menahan seorang lelaki bukan Islam berusia 36 tahun yang dituduh membakar senaskhah tafsir al-Quran di belakang sebuah tandas awam di Pekan Kuala Nerang, Kedah, semalam.

Lelaki berkenaan bertindak membakar tafsir al-Quran itu selepas kecewa putus cinta.

Difahamkan, tafsir al-Quran tersebut merupakan hadiah daripada bekas teman wanitanya yang beragama Islam.

Tangkapan dibuat selepas polis membuka kertas siasatan susulan laporan seorang lelaki mengatakan telah menerima video melalui aplikasi WhatsApp menunjukkan seseorang sedang membakar tafsir al-Quran.

“Siasatan juga mendapati motif perbuatan suspek adalah disebabkan perasaan marah dan kecewa dengan kekasihnya seorang wanita Islam yang telah berubah hati,” kata Datuk Kamarul Zaman Mamat.

“Naskhah tafsir al-Quran yang dibakar tersebut adalah hadiah pemberian wanita berkenaan.”

“Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda, manakala penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya bagi kesalahan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.”

Suspek bagaimanapun mendakwa tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama.

Mengakhiri kenyataan, beliau menyatakan bahawa suspek direman dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: