NGO

Bakar Quran: PERKASA Gesa Kerajaan Nilai Semula Hubungan Dengan Sweden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) menyokong tindakan Kerajaan Malaysia dalam mengutuk pembakaran al-Quran oleh Rasmus Paludan ketika menyertai bantahan di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden baru-baru ini.

Tindakan Rasmus Paludan yang membakar al-Quran mengundang kekecewaan dan kemarahan umat Islam di dunia kerana tindakan itu jelas boleh mencetuskan suasana ketidakharmonian antara agama di dunia ini dan juga peningkatan Islamofobia yang drastik jika tidak dibendung.

PERKASA dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rasmus Paludan yang cuba menyebarkan kebencian terhadap agama Islam dengan membakar al-Quran secara terbuka. Tindakan membakar al-Quran bukan sahaja satu tindakan yang tidak bermoral tetapi juga satu mesej kebencian yang tidak dapat diterima sebagai ‘kebebasan bersuara’ oleh mana-mana masyarakat yang bertamadun.

Negara Sweden seharusnya diberikan peringatan yang keras untuk mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya terhadap Rasmus Paludan dan PERKASA juga menggesa Kerajaan Malaysia untuk menilai semula hubungan diplomatik dengan Sweden sekiranya isu penghinaan terhadap agama Islam masih lagi berlaku tanpa ada sebarang tindakan oleh kerajaan Sweden.

Azrol Bin Mansor
Ahli Dewan Tertinggi PERKASA Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Biro Penerangan PERKASA Malaysia.

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: