Bakar Al-Quran & Sejadah, Individu Direman
KUALA TERENGGANU, 14 Jun 2023 – Seorang individu lelaki direman empat hari selepas dipercayai membakar al-Quran dan sejadah dalam satu kejadian di tepi pusat hemodialisis di Batu Rakit, Kuala Nerus, dua hari lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, suspek ditangkap selepas satu laporan polis dibuat oleh jemaah Masjid Batu Rakit berikutan insiden membakar 4 buah Al-Quran dan 3 sejadah kira-kira jam 10.30 pagi.
BACA JUGA: MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan
BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor
BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah Akan Disalurkan Sebelum Raya Haji
“Pengadu yang sebelum itu berada di rumahnya menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi memaklumkan perbuatan suspek membakar al-Quran dan sejadah di tepi pusat hemodialisis di Batu Rakit.”
“Pengadu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati suspek sedang membakar bahan berkenaan dan dia mengesyaki al-Quran dan sejadah itu diambil dari masjid berhampiran,” tambah beliau.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian atas agama dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.