Antarabangsa

Bakar Al-Quran: Qatar & Arab Saudi Panggil Wakil Sweden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 23 Julai 2023 – Qatar dan Arab Saudi menyertai Iraq, Turkiye dan Iran untuk membantah kerajaan Sweden yang memberi kelulusan kepada pelampau di Stockholm untuk mencemarkan al-Quran kitab suci umat Islam.

Qatar telah memanggil duta Sweden untuk menyerahkan nota bantahan atas pencemaran al-Quran di Stockholm, kata Kementerian Luar negara Teluk itu dan menuntut pihak berkuasa Sweden mengambil semua langkah yang perlu untuk menghentikan perbuatan memalukan ini.

BACA JUGA: Polis Siasat Kereta Siti Kasim Dipasang Bom

BACA JUGA: Bekas Balang Akuarium: Penggunaan Bekas Bukan Tujuan Makanan Adalah Dilarang – KKM

BACA JUGA: Lapor Segera Maklumat Berkaitan Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ – Menteri Agama

Arab Saudi juga menyerahkan nota bantahan kepada duta Sweden di Riyadh dan turut mengecam tindakan berulang dan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa Sweden yang sering memberi kuasa kepada pelampau untuk membakar dan mencemarkan naskhah al-Quran.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci kami, al-Quran, di hadapan Kedutaan Iraq di Stockholm hari ini,” kata satu kenyataan Kementerian Luar Turkiye.

“Kementerian Luar Iran dan Turkiye juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci kami, al-Quran, di hadapan Kedutaan Iraq di Stockholm dan membantah sekeras-kerasnya terhadap pencemaran al-Quran.”

Salwan Momika, seorang pelampau Kristian Iraq yang tinggal di Sweden telah memijak, menendang dan membakar al-Quran di bawah perlindungan polis di hadapan Masjid Stockholm pada 28 Jun, pada hari pertama Aidil Adha. Momika turut melangkah dan menendang bendera Iraq.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: