Antarabangsa

Bakar Al-Quran, Iraq Hantar Waran Tangkap Salwan Momika Ke INTERPOL

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 08 Julai 2023 – Pejabat Pendakwa Raya Iraq telah menghantar waran tangkap Salwan Momika, seorang pelampau yang membakar al-Quran di luar masjid utama Stockholm baru-baru ini kepada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL), lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Agensi berkenaan yang memetik kepada Majlis Kehakiman Tertinggi negara tersebut mengatakan bahawa pejabat pendakwa telah menghantar lembaran maklumat dan waran tangkap khas untuk Salwan Momika.

BACA JUGA: Kerajaan Komited Lindungi Hutan

BACA JUGA: Tragedi Banjir Taman Sri Muda: MBSA & KDEB Gagal Batal Saman Penduduk

BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon

Majlis itu turut meminta pihak INTERPOL untuk memaklumkan kepada Baghdad sekiranya pelampau terbabit sudah ditangkap.

Pada 28 Jun lalu iaitu pada hari pertama umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, Salwan Momika bertindak membakar kitab suci al-Quran di luar masjid utama Stockholm.

Tindakannya itu sekali gus mengundang kecaman dari pemimpin-pemimpin negara Islam dari seluruh dunia dan dalam masa yang sama, Iraq turut menyeru pihak berkuasa Sweden agar mengekstradisi pelampau tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: