Tempatan

Bakal Jemaah Haji Boleh Bayar Dam Dan Korban Secara Online – TH

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mei 2022 – Bakal jemaah haji yang akan melaksanakan Rukun Islam kelima pada tahun ini boleh membayar ‘dam’ (denda) dan korban secara dalam talian melalui aplikasi THiJARI bermula 9 Mei ini.

“Pembayaran dam yang diterima ialah untuk Dam Haji Tamattu’ dan Dam Haji Qiran di mana daging dam ini akan diagihkan kepada penduduk yang layak di Mekah,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab seperti dalam Astro Awani.

Tambah beliau, pembayaran dam adalah dengan kadar RM590 bagi seekor kibas manakala pembayaran korban pula pada kadar RM955.80 untuk seekor kibas dan RM5,900 untuk seekor lembu.

“Daging korban akan diagihkan oleh Bank Pembangunan Islam (IDB) kepada penduduk Islam yang layak terutama di benua Afrika,” ujarnya.

Selain atas talian, bakal haji dan pendeposit juga boleh membuat bayaran di mana-mana cawangan pejabat TH di seluruh negara

Mengulas lanjut, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, perkhidmatan yang ditawarkan ini adalah bagi menggalakkan pelaksanaan bayaran pada kadar yang ditentukan sebelum jemaah tiba di Tanah Suci Mekah.

Bagi sebarang pertanyaan, jemaah boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603 – 6207 1919; Faks: +603 – 7728 4959 dan e-mel : [email protected]

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: