Tempatan

Bakal Haji Dinasihat Segera Jawab Surat Tawaran Haji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 April 2022 – Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memohon kerjasama 14,306 bakal jemaah untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat tawaran berkenaan.

Siaran akhbar yang dikeluarkan di platform rasmi Tabung Haji (TH) bertarikh 25 April 2022 itu menjelaskan bahawa kerjasama semua bakal haji amat diharapkan memandangkan pihak Tabung Haji (TH) kesuntukan masa.

“Disebabkan kesuntukan masa, pihak kami mohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini.”

Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman turut memaklumkan bahawa “Bakal jemaah haji Malaysia boleh melayari laman sesawang www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.”

Seterusnya, “Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.”

Dalam kenyataan sama, selain mengingatkan syarat-syarat wajib bagi memperoleh visa haji yang antaranya bakal haji perlu melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19, beliau turut menasihatkan bakal haji untuk mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu Influenza dan Pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, boleh lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: