Tempatan

Sekolah Vernakular Ibarat ‘Duri Dalam Daging’ – Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 November 2022 – Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan sekolah vernakular sebagai ‘duri dalam daging’ iaitu sesuatu yang didapati selalu menyakat.

Menurut beliau lagi, menyokong sekolah vernakular juga adalah ‘bagai mendukung biawak hidup’, yakni sokongan berterusan kepada sesuatu yang akhirnya pasti akan menyusahkan kehidupan rakyat dalam konteks nasionaliti Malaysia.

Pada akhirnya, Malaysia terus-terusan akan tidak bersatu padu dalam erti kata sebenar-benarnya kerana dibenar dan digalakkan oleh pengasingan etnik dalam bentuk polarisasi kaum pada usia muda seperti di tadika dan sekolah rendah lagi.

Pengasingan etnik tersebut juga berlanjutan di sekolah menengah sehinggalah ke institusi pendidikan tinggi dan tempat bekerja.

Justeru, Dr Teo Kok Seong menegaskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah tidak baik untuk perpaduan negara yang utuh, tetapi ianya perlu diakui akan terus menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

Ini kerana ianya telah diputuskan mahkamah sebagai entiti sah dalam dua kes berlainan oleh dua Mahkamah Tinggi yang berbeza.

Justeru, kewujudan sekolah vernakular bukan sahaja hendaklah diterima walaupun dengan hati yang berat, ianya memang adalah sebahagian daripada kehidupan nasional di negara ini kerana nama rasminya ialah Sekolah Kebangsaan, yakni sekolah negara atau lebih tepat lagi ialah Sekolah Jenis Kebangsaan, jelas beliau.

“Inilah destini Malaysia yang terpaksa meneruskan sesuatu yang tidak baik.”

Profesor Emeritus Datuk Dr Teo sebelum ini juga lantang menegaskan bahawa sudah tiba masanya etnik Cina, khususnya aktivis pendidikan Cina, berhenti daripada berhujah sekolah vernakular Cina bukan penghalang perpaduan.

“Ia sememangnya penghalang perpaduan, malah bersifat anti-nasional apabila terus-terusan menghasilkan lepasan yang rata-ratanya tidak mampu memahami negara ini sebagai tempat bertandang yang sudah bertuan setibanya etnik Cina dan bukan tempat terokaan tanpa tuan. Justeru, harus ada mentaliti berdagang ke tempat orang dan bukannya tuan punya tempat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: