Tempatan

Bahaya, LPT2 Catat 503 Kemalangan Dalam Tempoh Lima Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 30 Jun 2023 – Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mencatatkan 503 kemalangan membabitkan 14 kematian dalam tempoh Januari hingga 31 Mei ini, lapor sebuah berita tempatan.

Kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, angka kemalangan itu agak membimbangkan berikutan peningkatan trend tersebut.

Jelasnya, dapatan daripada siasatan pihak polis, faktor manusia menjadi antara punca utama nahas di lebuhraya tersebut selain faktor permukaan jalan yang beralun.

BACA JUGA: AWAS! Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

BACA JUGA: Logo Halal Palsu, KPDN Serbu Kilang Susu Kacang Soya Teluk Intan

BACA JUGA: Malaysia Menang Lagi Kes Tuntutan Sulu

Justeru, beliau menyarankan pengguna agar tidak memandu dalam keadaan yang mengantuk dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik untuk memulakan pemanduan.

Malah, pengguna juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan had laju lebuhraya.

Dalam masa yang sama, katanya, pihaknya turut mengambil inisiatif menerusi kempen keselamatan bagi menangani peningkatan jumlah kemalangan yang meningkat saban hari dengan tujuan untuk mendidik pengguna jalan raya.

Ujarnya, PDRM mendekati pengguna menerusi hebahan di radio serta platform media sosial mengenai info lalu lintas serta peringatan agar berhati-hati sewaktu memandu.

Dari segi penguatkuasaan pula, PDRM turut mengadakan operasi secara berkala bagi mengawal serta mengurangkan nahas jalan raya daripada terus berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: