Tempatan

KDN Perkenal Klasifikasi Filem 2023, 5 Pengelasan Klasifikasi Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Februari 2023 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan Klasifikasi Filem 2023 dengan menetapkan lima pengelasan klasifikasi filem baharu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, terdapat tiga prinsip yang diberi keutamaan untuk penentuan klasifikasi filem tersebut.

Antaranya ialah memelihara kebebasan penonton dewasa untuk memilih filem yang ingin ditonton, melindungi kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun daripada terdedah dengan kandungan filem yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka serta boleh merosakkan pemikiran dan tingkah laku mereka dan menggalakkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton.

BACA JUGA: Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Rujukan Kepada Perjanjian 1957 – Prof Shamrahayu

BACA JUGA: PERHILITAN Tingkatkan Penalti Kesalahan Sehingga RM1 Juta

BACA JUGA: Dana RM4 Bilion: Bersatu Dedah Penyata Akaun, Cabar PKR & DAP Buat Serupa

Pada 9 Januari lalu, Klasifikasi Filem 2023 ini telah diwartakan melalui Peraturan-Peraturan Penapisan Filem (Pengelasan Filem) 2023.

Sehubungan itu, KDN menetapkan tarikh 1 Februari 2023 ini sebagai tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan tersebut.

Hantaran di bawah menunjukkan lima (5) pengelasan klasifikasi filem yang baharu.

Fn2LVDxagAEuhiT.jpeg?resize=210%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pelaksanaan ini turut mengambil kira perkembangan positif yang selaras dengan keperluan semasa industri perfileman dan penyiaran negara ini.

Dalam perkembangan yang sama, Saifuddin turut menyatakan hasrat agar Klasifikasi Filem 2023 ini dapat memberi kesan positif dari aspek penyeragaman dan peningkatan standard klasifikasi filem di Malaysia untuk berdiri sama rata dengan sistem klasifikasi filem luar negara.

Beliau turut berharap agar Klasifikasi Filem 2023 ini dapat dijadikan panduan malah rujukan buat penerbit serta pengarah tempatan sekali gus memperluaskan lagi kreativiti dalam kalangan industri filem tanpa melanggar Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: