Iqtisad Pribumi

Tiket Penerbangan Dan Harga – Hezri Sardi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke arahkan syarikat penerbangan buat lebih banyak penerbangan. Menurutnya, lebih banyak penerbangan akan naikkan penawaran (supply), harga tiket kemudian akan turun mengikut equilibrium.

Dengan kata lain, Menteri Pengangkutan memetik teori “harga demand supply” daripada buku teks ekonomi untuk menyelesaikan masalah harga.

Teori yang Menteri Pengangkutan guna itu salah. Pertama, salah kerana diguna secara tak betul. Teori buku teks tadi berasal daripada sebuah teori / mazhab mikroekonomi yang dicipta pada 1800an. Ia dikenali sebagai marginalism atau neoclassical atau Marshallian. Menurut teori lapuk ini, harga turun naik ditentukan oleh penawaran (supply) dan permintaan (demand). Ini yang Menteri Pengangkutan petik. Tapi dia tak petik penuh, mungkin sebab tak tahu. Menurut teori itu juga, teori demand supply hanya boleh berfungsi jika ada persaingan sempurna. Ada banyak syarat misalnya sesiapa saja boleh masuk berniaga.

Dalam industri penerbangan, adakah sesiapa saja boleh masuk berniaga sebagai peniaga kapal terbang dengan mudah? Sudah tentu tidak. Kalau begitu, persaingan sempurna tak wujud dan teori harga ikut permintaan dan penawaran (demand supply) tak boleh digunakan.

Yang kedua, bukan satu saja mazhab mikroekonomi dalam dunia ini. Teori lapuk buku teks yang dipetik Menteri Pengangkutan tadi ialah Marginalism. Satu lagi mazhab mikroekonomi ialah Teori Nilai Kerja (Labour theory of value). Itu pun lama juga, dicipta oleh pengasas ilmu ekonomi iaitu Adam Smith dan David Ricardo (sebenarnya Ibn Khaldun dah sebut beratus tahun sebelum mereka).

Pada 1960 an, daripada Labour Theory tadi, dicipta satu mazhab mikroekonomi baru. Orang panggilnya sebagai Sraffian kerana pengasasnya bernama Pierro Sraffa. Ini yang paling moden dan relevan.

Menurut Sraffian, harga berasal daripada kos campur untung. Ia mengiktiraf kewujudan kartel yang menentukan harga. Bukan ada tangan-tangan ghaib luar yang tak boleh dikawal seperti demand supply. Mazhab ini kata harga ditentukan oleh kartel. Kawal apa yang keluar daripada kartel, harga dapat dikawal. Kartel wujud dalam setiap industri sejak manusia belajar berniaga.

Apa terjadi kalau Menteri Pengangkutan kata harga tiket bergantung kepada imbangan antara bilangan penerbangan dan belian tiket? Dia mengabaikan faktor harga sebenar iaitu syarikat penerbangan dan pembekal yang menyumbang kos kepada syarikat penerbangan serta kos pinjaman bank dan pemegang saham. Ini semua sebenarnya yang menentukan turun naik harga tiket. Seperti semua industri, industri kapal terbang pun ada kartel.

Orang puteh kata “Don’t look outward, look inward.” (Jangan tengok faktor luar yang tak boleh dikawal, tengok faktor dalaman yang boleh dikawal)

Hezri Sardi
Bendahari Dewan Perniagaan Melayu Melaka (DPMM)/ Penyelidik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: