Bahasa Ibunda Dianaktirikan Dalam Mengejar Pengiktirafan Asing – Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
Bahasa Melayu
Suatu ketika tidak lama dahulu bahasa ibundaku ini mempersatukan semua orang dengan satu agama, pandangan alam, adab, akhlak dan syariat dari Kampucia, ke Pattani, Kedah, Melaka hingga ke Jambi dan Aceh, terus ke Jawa, ke Makassar, Mindanao, Brunei sehingga dikenali sebagai Kepulauan Melayu.
Perbedaan suku, politik dan lain-lain tidak menjejaskan penyebaran ilmu pengetahuan bertaraf tinggi pembangun peradaban berasaskan agama.
Bahasa inilah yang menyatukan kita melawan pencerobohan dan penjajahan Siam, Mongol, Portugis, Belanda, Inggeris, Komunis… Inilah makna sebenar bahasa jiwa bangsa.
Dalam usaha memartabatkan semula bahasa ibunda ini, karya-karya ilmiah tentang pelbagai perkara penting dalam bahasa ini haruslah diberi pengiktirafan tinggi dan disebarkan kepada khalayak dunia.
Tetapi jika karya-karya ilmiah dalam bahasa ibunda dianaktirikan dalam mengejar pengiktirafan asing, ini bermakna jiwa kita (telah) masih terjajah, dalam bentuk baru.
Bangsa asing yang cuba mempelajari bahasa ini tidak akan teruja, malah akan juga dianaktirikan. Selain itu mereka dan anak bangsa sendiri tidak akan bertemu dengan banyak karya-karya ilmiah tentang perkara-perkara penting dalam bahasa ini.
PAUTAN ASAL: FACEBOOK Wan Mohd Nor Wan Daud
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my