Ekonomi

Bahagian Kemakmuran Bumiputera Akan Diwujudkan Semula – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 28 September 2021 – Bahagian Kemakmuran Bumiputera akan diwujudkan semula bagi menambah baik tadbir urus pelaksanaan agenda Bumiputera.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) semalam.

Menurutnya, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran bagi tahun 2019 seperti berikut. Pegangan Bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus; bukan Bumiputera 25.0 peratus; asing 45.5 peratus; dan nomini 12.3 peratus.”

Oleh itu, bagi memastikan pemilikan ekuiti Bumiputera yang mampan, kerangka jaringan keselamatan ekuiti akan diperkenalkan supaya penjualan saham atau syarikat Bumiputera hanya ditawarkan dan dijual kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: