Antarabangsa

Badan Kejohanan Renang Haramkan Transgender Dari Sertai Pertandingan Wanita

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 22 Jun 2022 – Badan Kejohanan Renang Dunia baru-baru ini mengharamkan perenang transgender dari bersaing dengan wanita dalam acara antarabangsa.

Persekutuan Sukan Renang Antarabangsa (FINA) mengumumkan dasar baharunya bahawa wanita transgender hanya boleh bersaing dalam pertandingan wanita yang dianjurkan organisasi itu hanya apabila mereka telah bertukar jantina pada usia 12 tahun.

“Kami perlu melindungi hak atlet kami untuk bertanding, tetapi kami juga perlu melindungi keadilan pertandingan dalam acara kami, terutama kategori wanita di pertandingan FINA,” ujar Presiden FINA, Husain Al-Musallam.

Keputusan untuk mengharamkan atlet transgender daripada acara dianjurkan FINA telah dibuat sewaktu kongres agung persekutuan yang dijalankan ketika kejohanan dunia sedang berlangsung di Budapest.

Dasar itu mendapat kelulusan sebanyak 71 peratus daripada 152 Ahli Persekutuan Kebangsaan.

Perenang transgender, Lia Thomas yang memecahkan rekod renang wanita tahun ini telah dilarang untuk bersaing dalam pertandingan wanita berikutan kelebihan fizikalnya yang tidak adil buat pesaing lain.

“Wanita transgender bukan ancaman kepada sukan wanita,” ujar Lia sebelum ini.

Rakan sepasukannya juga sebelum ini pernah menggesa agar dia dihalang dari bertanding disebabkan kelebihan fisiologi yang dimilikinya.

Sebelum ini, kebanyakan rakyat Amerika menentang wanita transgender dari bertanding dengan wanita lain dalam acara sukan berikutan golongan ini mempunyai kelebihan pada faktor fizikal yang membantu untuk meningkatkan prestasi sukan sekaligus menjadikannya tidak adil buat peserta wanita.

Leave a Reply

Back to top button