Tempatan

Perakuan Pembesar Adat Naungan YTM Dato’ Klana Petra Ke Atas Calon-Calon Pemilihan Jawatankuasa Masjid Besi 2023-2024

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGEI UJONG, 06 November 2022 – Masjid Dato Lembaga Adat Sungei Ujong dalam kenyataannya menyatakan bahawa pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa Masjid Jamek dan Masjid Adat di Daerah Port Dickson hendaklah mendapat perakuan daripada YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Tambahnya lagi, bagi masjid-masjid kariah pula, pencalonan mestilah mendapat perakuan daripada Pembesar Adat di kariah berkenaan.

Bukan itu sahaja, calon-calon pemilihan Jawatankuasa Masjid seluruh Luak Sungei Ujong hendaklah ditapis sebelum diperaku oleh pembesar-pembesar Adat bagi mengelakkan wujudnya campur tangan politik serta memastikan keselarasan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Berikut merupakan Pembesar Adat Kanan yang mengawal jajahan Luak Sungei Ujong:

i. YM Dato’ Andulika Mandulika – Pantai, Ampangan, Gedong Lalang

ii. YM Dato’ Seri Maharaja Diraja – Rasah

iii. YM Dato’ Akhirzaman – Rantau

iv. YM Dato’ Dagang Paroi – Paroi

v. YM Dato’ Johan – Mendom, Lenggeng, Ulu Beranang, Nilai, Lukut Dan Port Dickson

vi. YM Dato’ Maharaja Lela – Mantin, Pajam, Batang Penar Dan Port Dickson

vii. YM Dato’ Muda Labu – Labu

viii. YM Dato’ Muda Linggi – Linggi

Mana-mana anak-anak kariah dan pengurusan masjid kariah di Luak Sungei Ujong juga boleh merujuk kepada Pembesar Adat Lingkungan/Jajahan yang mengawal kariah-kariah dipertanggungjawabkan selain pembesar Adat Kanan yang disebutkan di atas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: