Tempatan

Babi Masuk Parlimen, Ayam & Telur Hancur! – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – “Harga babi? Boleh masuk Parlimen dan ada kepastian untuk stabilkan harga. Harga ayam dan telur? Hancur! Kita simpan kes dan isu telur ini ya. Kita simpan,” tegas Pengerusi Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari mengenai bekalan telur ayam yang masih bercatu susulan Kerajaan gagal menguruskan pembekalan.

Beliau menjelaskan dalam satu hantaran di Facebook, selama ini bekalan telur ayam Gred A adalah RM12.90/30 biji tetapi apabila pergolakan politik berlaku sehingga habis pilihan raya serta terbentuk Kerajaan baharu, bekalan telur terus terputus dan bercatu malah hampir pupus.

Tetapi kini, tiba-tiba sahaja wujud lambakan stok telur omega yang sangat banyak dengan harga yang sangat mahal. Telur bagi saiz C atau D dijual dengan harga RM19.50/30 biji. Sedangkan selama ini, telur omega amatlah terhad dan susah untuk didapati.

Beliau mempersoalkan, “Ke mana telur ayam biasa? Ke mana ayam-ayam telur biasa ini? Takkan mati atau terbantut serentak sekali gus??”

“Ada orang cakap, “…Alaaa, tempat saya ada je stok telur RM12.50/sepapan…” Makcik pakcik, kakak adik abang, tengok saiz dia kak. Baru beli telur ke apa?”

BACA JUGA: ‘Standard’ Soalan BM SK Tidak Sesuai Untuk SJK – Jiao Zong

BACA JUGA: Bumi Mekah Menghijau, Netizen Resah Tanda Kiamat

BACA JUGA: Iktiraf LGBT, WHO Kiblat Dunia Perubatan Terpesong

Cikgu Izzat akui bahawa beliau adalah penggemar makanan dengan menu telur ayam oleh sebab itu beliau tahu mengenai isu ini malah, stok telur pengunaan harian juga dibeli olehnya. Maka, dari situ beliau sangat terasa dengan perbezaan harga apabila kenaikannya sangatlah mendadak dan pelik.

Katanya, “Kepada rakyat yang totok parti, seronok tak ‘bernikah dua parti’ ni? Banyak guna telur kan kan…”

“Maaf. Nak cerita ekonomi apa kalau pengurusan pembekalan ayam dan telur pun masih gagal, ada hati nak cerita ekonomi negara? Sembang panggil semua pengilang dan pengeluar telur ayam tempoh hari, apa keputusannya? Senyap je…” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: