Tempatan

Babi Makan Babi, Punca Wabak Babi Demam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 20 Februari 2022 – “Pemberian makanan swill menggunakan sisa dapur harus dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) sering menjadi punca penyebaran ASF.”

“Jika kita bekerjasama, kita dapat menghentikan penularan Demam Babi Afrika.”

Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dalam satu kenyataan pada 15 Februari lalu.

Demam Babi Afrika (ASF) merupakan penyakit bawaan virus yang akan menyerang babi sahaja.

Namun yang demikian, ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesan daripada penyakit ini mampu memberi kerugian serius terhadap sektor ekonomi penternak tempatan.

Berikutan dari jangkitan ASF yang sedang tular di Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi mengingatkan agar semua penternak babi terutama di Sibu dan Sarikei untuk terus meningkatkan biosekuriti ladang.

“Saya ingin memohon kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak pengeluar untuk mengamalkan kaedah penternakan yang baik dengan mengukuhkan biosekuriti ladang, penjual daging, peruncit serta pengangkutan dalam keadaan bersih dan proses sanitasi yang ketat.”

Bemula 14 Januari 2022 hingga kini, kawasan berkenaan masih diisytiharkan sebagai kawasan dijangkiti ASF.

Namun yang demikian, pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) akan terus dijalankan terhadap semua ladang babi, sama ada ladang komersial, ladang pekebun kecil dan babi asli yang dipelihara di kampung dan rumah panjang.

”Program pemantauan tersebut termasuklah pengawasan klinikal dan serologi untuk mengenal pasti penyebaran ASF di kedua-dua bahagian ini,” jelas Menteri Pemodenan Pertanian itu.

Beliau baru-baru ini meluahkan rasa gembira apabila JPVS berjaya membendung penyakit ini dengan baik sebelum ia menjadi lebih buruk.

“Saya cukup gembira kerana JPVS telah berjaya membendung penyakit ini,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: