Tempatan

Babi ‘Bardaulat’: JAS Hanya Boleh Siasat, JPV Hanya Keluarkan Permit, Tauke Babi Haram Hanya Cemarkan Alam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LANGAT, 21 September 2022 – Susulan isu pencemaran babi yang berlaku sejak 30 tahun lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya boleh membantu dari segi siasatan manakala, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pula yang berkuasa ke atas pusat penternakan yang diberikan lesen untuk beroperasi mengikut syarat perlesenan yang ditetapkan.

Menurut Ketua Pengarah JAS, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, JPV boleh mengambil tindakan sekiranya siasatan yang dilaksanakan JAS mendapati, terdapat pencemaran yang berlaku akibat daripada aktiviti penternakan haiwan tersebut.

“Dari segi penternakan, mereka diberi lesen. Penternakan babi contohnya, JPV yang akan keluarkan lesen dan permit untuk ternakan selain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu di bawah enakmen penternakan negeri.”

“Ada syarat-syarat perlesenan termasuk kawalan pencemaran sisa air buangan sebelum masuk ke alur air atau sungai yang sudah ditetapkan parameter dan standard perlesenan.”

“Jadi mereka (JPV) yang kawal. Tetapi apabila berlaku pencemaran, JAS dipanggil bersama untuk buat siasatan dengan mengukur kualiti air sungai dan sebagainya kerana melibatkan isu pencemaran. Namun, kawalan di peringkat punca (pencemaran), agensi berkenaan boleh kawal,” jelas Ketua Pengarah itu dengan lebih lanjut.”

Dalam pada itu, samudera.my turut melaporkan kenyataan penduduk sekitar Tanjung Sepat yang bersedia memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor jika mereka terus berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan lanjut berikutan isu pencemaran babi ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: