Azmin Janji Tak Tutup Ekonomi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JOHOR, 09 Februari 2022 – Menteri Kanan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali memberikan jaminan bahawa tiada penutupan sektor ekonomi akan dilakukan.
Beliau turut menyatakan bahawa hal tersebut adalah selari dengan dasar kerajaan untuk tidak mengenakan ‘total lockdown’ susulan prestasi ekonomi yang merudum teruk gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
“Kita tak boleh mengenakan ‘total lockdown’ lagi sekali. Apa yang kita buat berdasarkan data dan sains,” tegas beliau dalam sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak pada Ahad baru-baru ini.
Menteri Kanan MITI tersebut juga menyarankan supaya syarikat dan penggerak industri memainkan peranan dalam mencegah penularan wabak COVID-19 agar tiada keperluan untuk memberhentikan operasi sekiranya berlaku peningkatan kes COVID-19.
Dalam majlis yang sama, beliau turut menegaskan bahawa pengundi terutamanya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu mengambil kira bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya menangani krisis COVID-19 dengan cemerlang.
“Dalam jangka masa yang singkat, negara telah menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi, tetapi di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, PN telah berjaya membawa negara keluar dari krisis ini,” ujar beliau seperti yang dilaporkan oleh portal Bernama.