Tempatan

Azan Pembesar Suara: Negara Lain Dah Ambil Tindakan, Kenapa Malaysia Takut? – Siti Kasim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 November 2021 – Menggunakan tajuk “LOUDSPEAKER ON AZAN”, peguam Siti Kasim baru-baru ini membuat satu ciapan di Twitter dengan persoalan berikut:

“Kenapa negara lain ambil tindakan untuk mengurangkan pembesar suara sedangkan Malaysia masih dalam ketakutan untuk melakukan sesuatu?

Screenshot-2021-11-12-165109.png?resize=300%2C287&is-pending-load=1#038;ssl=1

Beliau menyentuh mengenai perihal Malaysia masih takut untuk melakukan sesuatu dalam mengurangkan pembesar suara azan.

Dalam ciapannya itu, Siti Kasim turut berkongsi video YouTube berkaitan pengumuman oleh Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Abdullatif al-Sheikh pada Jun lalu yang menyatakan bunyi pembesar suara di masjid tidak boleh melebihi satu pertiga daripada bunyi maksimum yang dibenarkan sebagai langkah tindak balas aduan daripada orang ramai termasuk ibu bapa yang mengadu tidur anak-anak mereka terganggu.

Abdullatif al-Sheikh juga mengingatkan supaya pembesar suara digunakan hanya untuk melaungkan azan dan iqamat.

Julai lalu, Siti Kasim mempertikai di laman media sosial milik beliau mengenai kadar bunyi azan dua buah surau yang berhampiran dengannya yang disifatkan sebagai “menjerit” “terlalu kuat” serta mempersoalkan adakah perkara itu satu keperluan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: