Azan Itu Syiar & Hak Perlembagaan Islam, Kami Akan Pertahan – Ketua PEMBELA Pulau Pinang
PULAU PINANG, 02 Julai 2023 – “Untuk makluman semua sepertimana mana YB kita, Ustaz Fawaz cakap tadi, azan ini adalah syiar Islam! Azan ini adalah syiar Islam, yang pertama. Yang pertama dalam negara kita, Islam adalah agama negara! Itu yang paling penting sekali. Bila ada individu-individu mai kacau Islam, kita bangkit untuk mempertahankan Islam. Yang di-Pertuan Agong bersumpah untuk jawatan Baginda, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Itu termaktub untuk menjaga Islam sepenuh masa dalam negara kita oleh Yang di-Pertuan Agong. Bila individu ini mai bercakap tentang syiar Islam, apa yang berlaku? Sepatutnya kita bangkit untuk mempertahankan negara kita dengan menggunakan undang-undang!” tegas Ketua PEMBELA Pulau Pinang dalam satu kenyataan.
Mengulas mengenai insiden seorang pemuda Cina yang mengarahkan agar azan Masjid Jamek Sungai Puyu diperlahankan, beliau berkata, dua laporan polis telah dibuat di mana bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut diberikan bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.
“Apa yang kita buat, yang pertama sekali selepas kita dapat makluman daripada hamba Allah yang bercakap dengan pemuda Cina itu, saya telah membawa beliau bersama seorang lagi individu untuk mengadakan laporan polis di IPD Kepala Batas dan kemudian saya pergi ke Balai Polis Bagan untuk polis menyiasat dan mengambil bukti CCTV. Minta polis ambil tindakan terhadap pemuda Cina ini.”
Jelasnya, kita buat laporan polis agar individu ini dicari, dibuat siasatan dan pertuduhan. Ini yang kita tuntut, bukan suruh angkat senjata lari pi cari dia, Dak! Biar polis yang siasat, ini yang kita harapkan. Bukan persepsi di kalangan masyarakat yang lain.
Selain itu, beliau turut menegaskann bahawa isu ini bukan isu politik, tetapi melibatkan Perlembagaan.
“Untuk makluman semua, isu ini bukan isu politik. Isu ini melibatkan Perlembagaan Malaysia. Artikel 3(1): Islam is the religion of the Federation. Islam Agama Persekutuan Tanah Melayu. Bukan Islam agama rasmi! Islam agama negara! Kalau tidak, tidak ada di logo-logo polis ini kalimah Allah dan Muhammad! Tidak ada!”
Susulan insiden ini, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Siti Nor Salawati Binti Saad dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara telah pun membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Dalam masa sama beliau turut memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mensensasikan insiden tersebut dan menyatakan pihak mereka akan mengambil tindakan sewajarnya.