Tempatan

Azam Baki Perlu Letak Jawatan Atau Bercuti Sehingga Siasatan Selesai – PEMBELA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 06 Januari 2022 – “PEMBELA berpandangan bahawa Tan Sri Azam Baki, perlu letak jawatan atau paling kurang bercuti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.”

Ini sepatutnya tidak menjadi suatu masalah buat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika beliau berada di pihak yang benar.

Kenyataan PEMBELA itu merujuk kepada perkembangan terkini melibatkan skandal integriti yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj. Aminuddin Yahaya menegaskan, pertubuhan itu tidak akan berkompromi dengan segala masalah integriti terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM.

“PEMBELA tidak akan berkompromi dengan segala masalah integriti terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM.”

Tambah Hj. Aminuddin, kes ini adalah kes yang sangat serius yang membuatkan kepercayaan rakyat semakin hilang terhadap SPRM.

Pihak PEMBELA juga tidak pernah lupa bagaimana SPRM memandang sepi laporan-laporan yang PEMBELA ajukan dengan bukti yang sudah tersedia, ujar Hj. Aminuddin

Antara kes yang PEMBELA laporkan adalah kes pencerobohan tanah khususnya di negeri Pahang, isu durian Musang King Raub.

Ini melihatkan defisit kepercayaan terhadap SPRM bukannya baru berlaku, tetapi ia adalah hasil dari pelbagai siri-siri skandal dalaman SPRM.

Sehubungan dengan itu, wajarlah pihak polis dan pihak berwajib lain seperti Jawatankuasa Khas Parlimen diberikan laluan untuk melakukan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap kes yang melibatkan Tan Sri Azam Baki dan kes-kes lain melibatkan SPRM.

“Tan Sri Azam Baki mesti berani dan ‘gentleman’ untuk tampil ke hadapan dan disiasat secara telus.”

Leave a Reply

Back to top button