Tempatan

Ayam Malaysia Suka Bertelur Untuk Pasaran Eksport Berbanding Pasaran Domestik?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2023 – “Saya nak tanya, kalau ayam Malaysia belum bertelur, mana pula datangnya telur ayam yang berbondong-bondong dieksport ke Singapura? Saya harap tak ada Menteri-Menteri PH-BN yang tidak kompeten ini nanti jawab bahawa “by right” kita tak boleh paksa ayam Malaysia bertelur untuk pasaran domestik sebab ayam-ayam ini lebih suka pasaran eksport.”

Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata sedemikian di Facebooknya sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh yang mengatakan “Kita tidak boleh hendak paksa dia (ayam) bertelur…”.

BACA JUGA: CPTPP: Hak Petani Bakal Tergugat!

BACA JUGA: Adakah Ramasamy Mahu Menganjurkan Kempen Menggesa Banduan SOSMA Dibebaskan?

BACA JUGA: Larang Beri PrEP Pada Pasangan Homoseks, Kumpulan Advokasi Sanggah

“Siapa pulak yang kata bahawa kerajaan kena paksa ayam bertelur?” ujar beliau lagi membidas kenyataan tersebut sekali gus menganggap jawapan menteri tersebut sudah masuk tahap kompetensi aras tinggi seperti Rafizi Ramli dan formula “by right” rakyat jangan makan ayam.

Datuk Wan Saiful juga mempersoalkan mengapa sehingga kini masih belum pernah timbul isu bekalan telur eksport bermasalah.

“Kenapa eksport boleh tapi bekalan domestik tak selesai?”

Dengan itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor mendesak Menteri menjelaskan kepada rakyat berapa jumlah sebenar eksport telur dari Malaysia.

Datuk Wan Saiful juga menuntut Kerajaan menyenaraikan berapa jumlah keseluruhan pengeluaran telur oleh lima syarikat pengeluar telur terbesar tempatan iaitu QL Resources Berhad., LTKM Berhad., CCK Consolidated Holdings Berhad., Lay Hong Berhad. dan Teo Seng Capital Berhad.

Berdasarkan kiraan penggunaan telur oleh rakyat Malaysia, seharusnya bekalan domestik cukup, bukan kurang, jelas beliau yang sekali gus menegaskan bahawa Keraajan perlu kepada ketelusan dalam menangani isu ini dan jangan menyembunyikan fakta serta melindungi mana-mana pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: