Tempatan

AWAS Tanah Mendap: Jalan Keluar Dari Forest City Ditutup Sepenuhnya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 24 Julai 2023 – Jalan keluar dari Forest City ditutup sepenuhnya akibat mendapan tanah petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang melibatkan kawasan jalan raya utama sepanjang 25 meter dan mengakibatkan sebahagian jambatan di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas runtuh.

BACA JUGA: Penyeragaman Sistem Pembelajaran Tahfiz: Skop Pendidikan Dan Fokus Setiap Institusi Berbeza

BACA JUGA: Hentikan Perbalahan Demi Kepentingan Peneroka – NGO FELDA

BACA JUGA: Akta Anti Serangan Seksual, Tribunal Siap Hujung Tahun – Menteri

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh berkata, sebanyak tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati telah berlaku kejadian tanah mendap yang melibatkan kawasan jalan raya utama sepanjang 25 meter.”

“Pasukan keluaran operasi telah membuat pemantauan bagi memastikan keadaan sekitar selamat. Selanjutnya, kawalan lalu lintas diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku akibat mendapan tanah itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dalam kenyataan berasingan memaklumkan, jalan masuk ke Forest City dijadikan laluan keluar dan masuk untuk kenderaan ringan dua hala dengan kawalan ketat pihak Polis Trafik.

“Sementara itu, pihak Forest City akan membina jalan alternatif sepanjang 1km yang dijangka akan mengambil masa 48 jam untuk disiapkan bermula malam ini dan dijangka siap 26 Julai 2023.”

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dan punca masih dalam siasatan.

Justeru, semua pihak dinasihatkan mengurangkan pergerakan keluar masuk ke Forest City buat masa ini dan semua kenderaan berat dilarang sama sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: