AWAS! MOTAC Senaraikan Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 27 Januari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyenaraikan beberapa syarikat pelancongan yang tidak berlesen, memetik kepada kenyataan di Facebook rasminya.
Menurut Undang-undang Malaysia Cetakan Semula Akta 482, Akta Industri Pelancongan 1992 ini merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan pengusahaan pelancongan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
BACA JUGA: PPIM Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden
BACA JUGA: Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri
BACA JUGA: Acuan HDB, ‘Pecah-Perintah’ Demografi Berkiblatkan Singapura?
Infografik di bawah memaparkan antara syarikat yang tersenarai sebagai entiti yang melanggar Akta Industri Pelancongan 1992.
Berikutan itu, MOTAC menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati sewaktu memilih syarikat pelancongan.
MOTAC turut mengingatkan orang ramai untuk melayari www.motac.gov.my/semakan/senarai-entiti-syarikat-tidak-berlesen berhubung senarai entiti syarikat tidak berlesen ini.
Pada pertengahan Januari lalu, impian 40 individu untuk ke Krabi, Thailand terbantut apabila mereka ditipu sebuah agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian lebih RM30,000.
Manakala, pada Julai tahun lalu, lima individu termasuk seorang pemilik syarikat pelancongan diberkas untuk siasatan kes bakal jemaah haji yang dipercayai menjadi mangsa penipuan.