Antarabangsa

Australia Barat Akan Mansuh Akta Perlindungan Warisan Aborigin 2021

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AUSTRALIA, 09 Ogos 2023 – Premier Australia, Roger Cook telah mengeluarkan kenyataan bahawa Australia Barat akan menghapuskan undang-undang berkaitan perlindungan warisan pribumi yang telah diwujudkan pada tahun 2021.

Undang-undang tersebut sebelum ini diwujudkan setelah sebuah tapak bersejarah, Juukan Gorge yang dikatakan berusia 46,000 tahun dimusnahkan pada tahun 2020.

Para petani, pengembala serta para pemilik tanah telah bertelagah mengenai perkara yang mereka sifatkan sebagai peraturan membebankan serta mahal yang telah ditetapkan setelah tapak tersebut dimusnahkan.

BACA JUGA: PM Umum Subsidi Padi Naik

BACA JUGA: ‘Konsert LGBT’: Kumpulan Penyanyi British Dituntut Bayar Pampasan Pada Penganjur

BACA JUGA: Mufti NZ Gesa Umat Islam Jauhi Kumpulan Sihulk, Komuniti Bantah Pemberian Suaka

Perubahan itu berkemungkinan akan mencetuskan kemarahan dalam hal berkenaan hak-hak orang asal.

Namun menurut Cook, pihak Kerajaan tetap akan memansuhkan undang-undang tersebut bahkan akan mengembalikan serta meminda sebuah lagi undang-undang 1972 bagi memastikan perlindungan tapak-tapak penting.

Ujarnya, “Tragedi Juukan Gorge adalah sesuatu yang mengaibkan namun tindak balas kami adalah salah dan kami telah mencetuskan ketegangan, kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat kami secara tidak sengaja”.

Menurutnya lagi, pindaan undang-undang tahun 1972 itu adalah lebih ‘mudah dan berkesan’ serta mampu mengelakkan tragedi yang sama daripada berulang.

Pemusnahan tapak bersejarah Juukan Gorge itu yang bertujuan untuk mewujudkan lombong bijih besi telah mencetuskan ketegangan dalam kalangan kumpulan-kumpulan orang asal serta turut mendapat kritikan daripada masyarakat antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: