Australia Arah Twitter ‘Dibersihkan’, Denda Sehari RM2,186 Juta Jika Gagal
AUSTRALIA, 22 Jun 2023 – Badan pemantau keselamatan internet Australia telah memberi tempoh selama 28 hari untuk Twitter membersihkan hantaran-hantaran yang bersifat “kebencian dan toksik” daripada pangkalan media sosial mereka.
Jika gagal berbuat demikian, badan pemantau tersebut akan mengenakan saman kepada syarikat Twitter yang kini dimiliki oleh Elon Musk.
BACA JUGA: STR 3 Disalurkan 26 Jun, Rayuan Dibuka Pada Julai
BACA JUGA: Tiada Satu Pun Negara Islam Ditakrif Maju, Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Kita – Tun M
BACA JUGA: Demam, Selesema Tular Mungkin Kerana Gelombang Haba, COVID-19
Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter pada tahun lalu, Twitter telah menjadi sebuah media sosial yang paling banyak menerima aduan di Australia.
Firma tersebut telah menarik sekatan terhadap sekitar 62,000 akaun yang telah dilaporkan yang mana akaun-akaun tersebut dikaitkan dengan mereka yang melaungkan retorik Nazi, kebencian dan lain-lain isu.
Julie Inman Grant, seorang ahli Suruhanjaya e-Keselamatan Australia telah menyatakan bahawa pangkalan media sosial tersebut kini bertanggungjawab bagi satu daripada tiga aduan yang dilaporkan berkaitan dengan kebencian online di Australia.
Beliau yang sebelum ini pernah bekerja untuk Twitter telah memberikan syarikat gergasi tersebut tempoh 28 hari untuk menzahirkan bahawa mereka serius dalam menangani masalah ini. Jika tidak, pihak Twitter akan dikenakan denda sebanyak $476,000 bagi setiap hari yang melepasi tempoh tamat yang ditetapkan.