Tempatan

Untukmu Palestin: Pemangku Raja Pahang Sumbang Elaun Diraja Baginda Kepada Tabung Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PEKAN, 23 Mei 2021 – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk tidak menerima bayaran Elaun Diraja baginda, selama tiga bulan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang berdepan dengan serangan rejim zionis Israel.

Menerusi kenyataan rasmi di laman sosial Facebook Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, baginda berkenan menyalurkan elaun itu ke tabung Pahang4Palestine.

Tambah beliau, tabung tersebut dilancarkan kerajaan negeri semalam sebagai tanda solidariti rakyat Tok Gajah kepada penduduk Palestin.

Wan Rosdy berkata, keprihatinan baginda itu menjadi pembakar semangat untuk beliau dan rakyat Pahang dalam membela nasib rakyat Palestin.

“Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini yang akan menjadi pembakar semangat dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas”.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang mengumumkan pelancaran tabung kemanusiaan itu bagi membantu rakyat Palestin.

“Mereka yang berminat boleh menyumbang ke akaun Perbendaharaan Negeri Pahang di Bank Muamalat bernombor 06010002165711 dengan rujukan Pahang4Palestine,” kata Wan Rosdy.

Tambah beliau lagi, pihaknya mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang bagi meringankan beban penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Sebelum ini, Pemangku Raja Pahang turut menitahkan solat hajat dan doa selamat diadakan di negeri itu bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: