Tempatan

Sesetengah Pengeluar Tak Perlu Bayar Zakat Jika Keluarkan Wang KWSP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 – Umat Islam yang mengeluarkan wang dari akaun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah diingatkan untuk membayar wang zakat sekiranya wang tersebut dikeluarkan tanpa keperluan mendesak.

Lapor MalaysiaGazette, Pegawai Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Muhammad Azraaf, terdapat dua situasi pengeluaran wang KWSP:

Situasi pertama adalah bagi mereka yang mengeluarkan wang KWSP kerana memerlukan wang untuk meneruskan kelansungan hidup. Dalam situasi sebegini, pengeluar tidak dikenakan zakat.

“Pertama, jika pengeluaran KWSP disebabkan individu itu terkesan iaitu mungkin dari segi kekurangan pendapatan atau diberhentikan kerja, maka golongan ini tidak dikenakan zakat,” jelasnya.

Situasi kedua pula adalah bagi mereka yang mengeluarkan wang KWSP bukan untuk tujuan keperluan mendesak, seperti mahu memindahkan wang ke tempat simpanan yang lain, dalam hal ini wang tersebut perlu dizakatkan.

“Jika pengeluaran tersebut atas sebab sengaja keluar atau mungkin nak simpan di tempat yang lebih baik dari segi perolehan dividen, jadi golongan ini dikenakan zakat iaitu 2.5 peratus daripada jumlah yang dikeluarkan,” tambahnya lagi.

Menurut Zakat Selangor pula, cara kiraan wang yang wajib dizakatkan adalah daripada keseluruhan wang KWSP iaitu wang pokok, dividen, dan bonus; tanpa menolak wang/keuntungan yang diperolehi melalui sumber tidak patuh Syariah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: