Tempatan

Culik Vellfire Putih: Dua Lelaki Ditahan Semalam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 – Seorang pekerja kilang bersama seorang penjual sayur yang masing-masing berumur 37 dan 40 tahun telah ditahan pada hari semalam kerana disyaki terbabit dalam kes penculikan ahli perniagaan yang berusia 38 tahun pada minggu lepas.

Kedua-dua lelaki yang ditahan itu adalah warga tempatan yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah. Mereka ditahan pada kira-kira jam 3 petang di sekitar Jalan Putra Sulaiman, Taman Dagang sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak. Menurutnya,

“Lelaki berumur 40 tahun itu mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah manakala seorang lagi suspek mempunyai lapan rekod lampau kesalahan dadah dan ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif sebarang jenis dadah.”

Kedua-dua suspek kini telah direman sehingga khamis ini dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Kesiksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat untuk mengurungnya dengan sulit dan salah.

Sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire beserta dengan beberapa helai pakaian dan telefon bimbit milik kedua-dua suspek juga turut dirampas ketika penahanan tersebut.

Pada Jumaat lalu, seorang ahli perniagaan mengalami cedera ringan setelah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Jalan Pandan, Ampang. Mangsa kemudiannya dilepaskan di Klang beberapa jam setelah kejadian dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada sekitar jam 10.45 malam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: