Tempatan

Atasi Penyakit Diabetes, Kerajaan Disaran Keluarkan Gula Dari Barang Kawalan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2024 – Kerajaan disaran mengeluarkan gula dari senarai barang kawalan bagi mengatasi masalah penyakit diabetes dalam kalangan rakyat.

Harga gula yang kekal rendah di pasaran menyebabkan penggunaannya meningkat sekali gus menyumbang kepada kadar diabetes tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presiden Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPKAM), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, langkah tersebut wajar dilaksanakan walaupun dilihat ‘agak keras’ kepada pengguna, namun ia merupakan tindakan pencegahan terbaik kepada kesihatan.

Tambah beliau, langkah berkenaan mungkin tidak popular dari segi politik dan sosial, tetapi ia merupakan ‘ubat’ atau pencegahan kesihatan awam bagi mengatasi masalah dan kos kesihatan yang semakin tinggi.

Menerusi kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), sebanyak 15.6 peratus atau satu daripada enam dewasa di Malaysia menghidap kencing manis. Lebih membimbangkan, 84 peratus dewasa muda (18-29 tahun) tidak sedar mereka menghidap kencing manis yang merupakan punca utama kematian di Malaysia.

Turut dilaporkan, negara telah menanggung RM9.65 bilion melibatkan perbelanjaan langsung penjagaan kesihatan untuk menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini. Jumlah perbelanjaan bagi penyakit diabetes pula adalah sebanyak RM4.38 bilion daripada keseluruhan perbelanjaan penyakit NCD.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: