Tempatan

Amaran Banjir Kilat Dalam Masa 24 Jam Di 6 Negeri – JPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2022 – Enam buah negeri berisiko dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku, maklum Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) dalam notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat yang dikeluarkan pada pukul 7 pagi hari ini.

Enam negeri yang berisiko dilanda banjir kilat itu adalah Johor (Kota Tinggi, Muar dan Mersing), Pahang (Kuantan, Maran dan Pekan), Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Klang), Terengganu (Marang dan Terengganu) dan Sabah (Tuaran).

JPS turut berkongsikan lokasi ‘hotspot’ yang berisiko dibadai banjir kilat di kawasan mukim berikut:

320173601_1383391978864943_2042726992191958781_n.jpg?resize=780%2C437&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut,” kata JPS.

Tambah jabatan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

“Sila layar laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.”

Dalam laporan berlainan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka bakal membadai negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Sarawak (Miri), Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) dan WP Labuan hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: